Tindakan kartel minyak dari #OPEC yang masih kekal untuk tidak mengehadkan pengeluaran minyak akan memberikan igauan ngeri kepada kerajaan Malaysia, pemain industri minyak dan syarikat gergasi minyak dunia, tetapi memberikan khabar gembira kepada syarikat yang eksport produk ke luar negara contohnya...
Jikalau anda mengikuti laporan Berita Semasa sebelum ini, melihatkan situasi hari ini tidak mustahil harga minyak dunia akan turun sehingga ke paras USD20 setong seperti ramalan Goldman Sach...
Hari ini harga minyak dunia telah jatuh ke paras US$35 setong, satu angka tidak sama sekali dijangka oleh pakar ekonomi dan pakar minyak sekalipun...
Melihatkan situasi hari ini, kakitangan dan pekerja swasta di syarikat berkaitan dengan minyak tidak senang duduk dan panas punggung....
Berdasarkan makluman dan info yang Berita Semasa terima telah mula pekerja yang bekerja dnegan syarikat yang berkaitan dengan industri minyak kena berhenti kerja, ada yang tidak disambung kontrak, ada yang terima notis 24 jam dan manakala yang memasang impian untuk bekerja di industri minyak akan menghadapi kesukaran dalam suasana tidak menentu sekarang ini...
#Schlumburger
#Technip
#Ranhil-WorleyParson KL
#Aker Solution
#Petrofac – Rnz
#Shell
#Petronas, Scomi dan UMW telah mula hentikan pengambilan baru
#Murphy oil
#MMHE tidak sambung pekerja kontrak seramai……
Industri minyak dan gas memang tengah dalam kemelesetan sekarang. Harga minyak turun sangat banyak. Ini disebabkan faktor :
Faktor Minyak Dunia Terus Jatuh?
ada lebihan pengeluaran disebabkan Amerika Syarikat sudah boleh keluarkan minyak sendiri.
Persatuan Pengeluar Minyak Sedunia (OPEC) tidak mahu kurangkan pengeluaran untuk stabilkan harga.
Jadi, asas kepada ekonomi akan berbalik kepada bekalan dan permintaan.
Apabila bekalan berlebihan, permintaan pun menurun. Maka, harga pun menurun.
Apabila harga minyak menjadi lebih murah, jadi tidakk berpatutan kepada syarikat minyak untuk berbelanja lebih untuk cari gali minyak dan mengoperasikan pelantar minyak.
Kos untuk cari gali tidak berubah, tetapi keuntungan berkurangan. Untuk mengekalkan keuntungan syarikat, jadi mereka akan buang apa-apa yang berlebihan termasuk buang pekerja. Jadi, pekerja-pekerja yang terlibat dalam pemberhentian kerja di tempat yang kurang bernasib baik pada waktu-waktu seperti ini.
Ramai yang menjangkakan lebih ramai pekerja dalam industri minyak dan gas akan terkesan dengan pemberhentian kerja. Kepada yang masih bekerja, bersyukurlah. Yang baru hilang kerja. Insyaallah ada rezeki di tempat lain. Mungkin Allah akan sediakan yang lebih baik untuk anda. Amin.
Tuesday, 15 December 2015
Filled Under:
Sebenarnya Harga Minyak akan terus turun... tapi kenapa fakta ini disembunyikan...?
Posted By:
PuteriKayu
on 18:27
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment