Tuesday, 22 December 2015

Filled Under:

BUNTAL bunuh bayi 1 tahun........



#Seorang kanak-kanak yang baharu mencecah usia setahun meninggal dunia, dipercayai keracunan selepas memakan ikan buntal.

Mangsa yang #dikenal pasti sebagai Ferdie Yohanes dikatakan menjamah makanan eksotik itu ketika makan tengah hari bersama keluarganya di sebuah rumah sewa di Bintawa, di sini.

Menurut sumber, #dia dikatakan mula muntah-muntah pada jam 2 petang namun ibunya yang menyangka anaknya itu tidak sihat menyuruhnya tidur.

Bagaimanapun, #apabila ibunya cuba mengejutkannya sekitar jam 4 petang, anak lelakinya itu tidak bangun-bangun.

Menyedari sesuatu tidak kena, #mereka kemudian menghubungi ambulans untuk membawanya ke Hospital Umum Sarawak.

Dia disahkan meinggal #dunia selepas tiba di HUS. Namun, punca kematian belum dapat disahkan.

Difahamkan, doktor turut #mengarahkan kesemua keluarga yang menyewa di Bintawa itu menjalani pemeriksaan kerana khuatir mereka turut terjejas.




0 comments:

Post a Comment