#Pengurusan Zamani (Slam) mendedahkan pihaknya dilarang keras berjumpa penyanyi itu sejak dia mendapat rawatan di sebuah pusat pemulihan dadah di ibu negara.
Pengurusnya Johan Aziz, 49, berkata, pihaknya pelik apabila keluarga dan peguam Zamani iaitu Ahmad Zaharil Muhaiyar bertindak sedemikian selain menganggap larangan tersebut sebagai tidak adil.
"Sejak Zamani menerima rawatan kami tidak dibenarkan untuk berjumpa dengannya melainkan keluarga dan peguamnya sahaja.
"Bagi saya tindakan itu tidak adil kerana sebagai wakil pengurusannya banyak perkara tentang kerjayanya termasuk urusan #persembahan yang dipersetujui lebih awal perlu diselesaikan bagi mengelakkan masalah lain pada masa hadapan," katanya ketika dihubungi mStar Online pada Jumaat.
Terdahulu, abang kepada Zamani iaitu Zulfazil Ibrahim bersama Ahmad Zaharil dalam satu sidang media mendakwa penyanyi itu mengalami masalah kewangan serius selain memerlukan RM50,000 untuk melakukan pembedahan tulang belakang yang #dihidapinya sejak tiga tahun lalu.
Dakwa Zulfazil, adiknya itu mengalami masalah kewangan kerana tidak mempunyai akaun bank peribadi selain sejumlah wang penyanyi itu disimpan oleh pihak yang menguruskan kerjaya seni Zamani.
Dalam pada itu, Johan menegaskan semua wang ##hasil persembahan pentas penyanyi akan dimasukkan terus ke akaun peribadinya dan Zamani mengetahui perkara itu.
Jelas Johan, perkara berkenaan sepatutnya boleh diselesaikan secara baik menerusi perbincangan namun dia malangnya pihak #peguam enggan berbuat demikian.
”Benda ini sebenarnya tidak perlu dihebohkan kepada media kerana pihak peguam dan keluarga boleh berjumpa terus dengan saya untuk mendapatkan kepastian tentang isu tersebut. Saya tidak lari ke mana pun.
"Apa yang mereka buat sekarang hanya akan menambah malu bukan kepada pihak pengurusan tetapi Zamani sendiri dan sebab itu saya tidak berhasrat untuk menjelaskan secara lanjut berhubung dakwaan itu.
"Abang Zamani sepatutnya lebih tahu ke mana perginya semua wang Zamani," katanya.
Sementara itu, Johan berkata, pihaknya masih terbuka dengan sebarang bentuk perbincangan dengan wakil keluarga dan peguam bagi menyelesaikan kekeliruan tersebut.
Terdahulu, Zamani atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim bersama seorang wanita ditahan polis pada 21 Januari lalu kerana didakwa memiliki dadah jenis heroin seberat 1.2 gram selepas polis membuat serbuan di kediamannya di Taman Keramat, dekat sini.
Dia ditahan dibawah Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 & Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya 1952.
Friday, 18 December 2015
Filled Under:
Setelah muncul dalam Gegar Vaganza.... Kenyataan Pengurus Zamani ini sukar dipercayai...Betul ke??
Posted By:
PuteriKayu
on 19:29
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment