Sunday, 20 December 2015

Filled Under:

AWAS.....Modus Operandi teknik penipuan pembelian berjaya dikesan. Berdasarkan ciri-ciri ini....Adakah anda juga 'Kambing hitam' atau bakal2 'Kambing Hitam'?




Semakin hari, #semakin banyak tersebar kisah-kisah penipuan online disifatkan sangat licik dan kompleks.

Cara penipuan ini disifatkan sangat kompleks kerana ia melibatkan "kambing hitam" atau kami panggil "penipuan tiga hala" supaya si penipu sukar dikesan.

Selain licik, teknik ini juga sangat licik dimana pelbagai cara digunakan oleh penipu untuk mengorek duit daripada mangsa.

Antara kisah yang menjadi viral.




Tekniknya begini :

Penipu akan mencari seorang "kambing hitam" yang juga seorang peniaga online dan berpura-pura mahu membeli barang dari peniaga tersebut. #Matlamat penipu cuma mahukan butiran akaun bank peniaga tersebut.

Kemudian, penipu itu akan berpura-pura menjual barang online dengan pelbagai teknik untuk mencari mangsa. Sekiranya jerat mengena, mangsa dikehendaki melakukan pembayaran kepada akaun "kambing hitam" tersebut.

Setelah pembayaran #dibuat oleh mangsa, penipu akan menghubungi "kambing hitamnya" dan cuba untuk mengorek keluar wang yang dimasukkan tadi. Antara alasan yang digunakan adalah seperti :

    #Terlebih memasukkan wang
    #Tersalah akaun
    #Nak batalkan pembelian

Dan penipu ini #mungkin pergi bersemuka sendiri dengan kambing hitamnya untuk mengambil duit tersebut supaya jejaknya selepas ini tidak dapat dikesan.

Malah yang lebih teruk, ada juga menggunakan teknik yang sama untuk menggunakan kesemua duit yang dimasukkan oleh mangsa untuk membeli barangan untuk keperluannya sendiri dari "kambing hitamnya".

Situasi diatas diringkaskan ke dalam kartun ini :

Karakter-karakter

1 - Penipu cari kambing hitam..

2 - Penipu cari mangsa...


3 - Mangsa buat pembayaran ke akaun kambing hitam penipu


4 - Penipu claim duit yang kononnya terlebih masuk

5 - Kambing hitam berikan baki duit kepada penipu.

Itu lah modus operandi teknik ini. #Namun caranya mungkin sedikit berbeza kerana teknik ini boleh 'berkembang' bergantung kepada kepintaran si penipu.

Antara langkah-langkah yang boleh diambil untuk mengelakkan dari menjadi mangsa penipuan sebegini adalah :

Untuk #pembeli mengelak dari menjadi mangsa

    Lakukan pembelian secara COD.
    Gunakan aplikasi atas talian yang tidak membenarkan peniaga mengambil duit secara terus daripada pembeli. Seperti contoh : Lazada, Shoppe & Alibaba.
    Beli di kedai yang berdaftar sahaja.
    Lihat reviu #dan rating dari pengguna lain




0 comments:

Post a Comment