Tuesday, 22 December 2015
Filled Under:
URGENT.....Orang ramai diminta tampil bantu siasatan!!!!
Posted By:
PuteriKayu
on 05:34
#Seorang guru wanita maut setelah kereta yang dinaikinya terkena tayar tengah lori membawa muatan bauksit yang tercabut di Jalan Pintasan-Pelabuhan berhampiran #Sungai Karang, di sini petang Isnin.
Guru Maut Terkena Tayar Lori Bauksit Tercabut
Pegawai Turus Trafik #Pahang, DSP Ahmad Nazri Zainal berkata, mangsa Nohaili Ahmad Zabidi, 40, merupakan guru di Sekolah Kebangsaan Balok.
"Kejadian berlaku pada #pukul 3 petang apabila tayar tengah sebelah kanan lori yang dari arah Kuantan menghala ke Pelabuhan Kuantan itu telah tercabut dan #terpelanting ke bahagian hadapan kereta Perodua Myvi yang dinaiki mangsa dari arah bertentangan.
"Dalam kejadian itu, #mangsa yang merupakan penumpang hadapan kenderaan berkenaan cedera parah dan meninggal dunia di tempat kejadian. Namun #pemandu kereta tersebut yang berusia 42 tahun tidak cedera," katanya ketika dihubungi Bernama di sini, Isnin.
Ahmad Nazri #berkata, polis sedang mengesan pemandu lori berkenaan yang syarikatnya beralamat di Puchong, Selangor, kerana dipercayai #melarikan diri sejurus selepas kemalangan itu berlaku.
Menurutnya, kes #disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan orang ramai yang mempunyai maklumat tentang pemandu lori berkenaan diminta menghubungi balai polis berhampiran bagi membantu siasatan. - Bernama
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment