Friday, 18 December 2015

Filled Under:

DARE TO TAKE FIRST STEP!!!! Jika anda ada kawan yang terlalu banyak berfikir untuk memulakan bisnes dan sebagainya...haaa....ini dia MANTRA POWER patut bacakan pada dia....

#Ramai yang menangguh-nangguhkan melakukan sesuatu kerana terlalu banyak berfikir langkah-langkah yang akan datang tak menentu. Biar saya jelaskan…..

Mungkin, nak memulakan perniagaan Internet, tetapi fikir kalau pelanggan minta refund macam mana? kalau nak promote menerusi search engine, #macam mana? kalau nak buat blog untuk promote produk macam mana?

TETAPI, bila ditanya… nak jual apa di Internet? Jawapannya… “belum tau lagi!”

Langkah pertama pun masih belum buat, mengapa pula hendak fikirkan langkah 7, 8, dan 9?

    Sememangnya perancangan penting- tetapi, perancangan yang melewat-lewatkan kerja sendiri, hanya memudaratkan diri. Kita dok fikirkan langkah-langkah yang jauh ke hadapan, sedangkan, langkah awal, langkah asas, langkah pertama kita tak #buat pun lagi. Bukan sahaja untuk perniagaan Internet ya… untuk apa sahaja....

    Pakar psikologi mengatakan, keadaan ini terjadi apabila seseorang itu “sengaja” tidak mahu meletakkan tanggungjawab pada diri sendiri. Jadi, mencipta alasan-alasan yang jauh kehadapan untuk menangguhkan kerja – Irfan Khairi

Nak Mula Langkah Pertama Tapi Takut Gelap Ini Jawapannya …

Bagaimana hendak menangani ini?

Nak Mula Langkah Pertama Tapi Takut Gelap Ini Jawapannya

Apa kata anda ibaratkan anda seperti memandu kereta. Dari Johor, ke Kuala Lumpur (dari mana-mana pun takpe, nanti bukan orang #Johor kecik hati pula .

Ok, anda dari Johor ke Kuala Lumpur, dan anda memandu pada malam hari. Just say, lampu-lampu kat highway tiada, dan hanya lampu kereta anda sahaja menyuluhi jalan. Apa yang anda nampak? Adakah anda nampak 100 kilometer di hadapan? Adakah anda n#ampak 10km di hadapan? Adakah anda nampak 1km di hadapan?

Sudah tentunya tidak! Lampu anda hanya menyuluh lebih kurang 50-100 meter dihadapan sahaja bukan?
Tetapi, adakah #anda meneruskan perjalanan, walaupun anda tak dapat melihat 1km… 10 km… 100 km akan datang?
Sudah tentunya ya! kerana anda yakin, lambat laun anda #akan sampai Kuala Lumpur juga, walaupun apa yang anda perlu lakukan adalah, sampai sahaja yang 100 meter pertama itu terlebih dahulu, dan 100 meter yang seterusnya anda akan dapat lihat!

Nak Mula Langkah Pertama Tapi Takut Gelap Ini Jawapannya

Sama juga dengan melakukan sesuatu, jangan terlalu risau sangat langkah 7, 8, 9 dan seterusnya sekiranya ia hanya melewat-lewatkan langkah pertama anda memulakan sesuatu! Mulakan langkah pertama, dan langkah-langkah seterusnya akan menjadi lebih terang! Jadi seperti memandu kereta di malam hari :) Zoom!

PS:  Sekiranya anda masih tertunda-tunda ingin memulakan perniagaan, apa kata ambil langkah pertama anda bersama kami dengan mencuba sesuatu yang baru.

PSS: Kalau masih tak ada kekuatan diri… mohonlah dari Tuhan….

Eh..eh.. tak sangka anda dah habis baca Nak Mula Langkah Pertama Tapi Takut Gelap Ini Jawapannya, sampai sini… macam mana ada bran…?




0 comments:

Post a Comment