#Ada seorang lelaki yang bekerja sepenuh masa sebagai tukang urut. Itulah kemahiran yang dia ada, tidak kira tua, muda, ahli sukan atau sesiapa sahaja yang perlukan perkhidmatannya, beliau akan segera memenuhinya.
Suatu hari, ketika dalam perjalanan pergi mengurut, ibunya menelifon memintanya mengirimkan duit sebanyak RM300. Tukang urut ini pergi ke bank untuk mengirim duit pada ibunya, namun apabila dia membuat semakan baki, sedih hatinya kerana cuma ada RM280 sahaja.
Dia tak cukup duit untuk dikirimkan kepada ibunya, oleh kerana dia hanya perlukan sedikit sahaja lagi duit, tukang urut ini, meninggalkan bank dan terus ke rumah orang kaya yang memerlukan perkhidmatannya.
Formula #Mengetuk Pintu Rezeki Yang Tak Disangka-sangka
Orang kaya ini terkena penyakit angin ahmar yang ada sifat kedekut. Selepas selesai mengurut, orang kaya tersebut memberi upah kepada tukang urut sebanyak RM50.Dengan segera tukang urut bergegas semula ke bank kerana bimbang ibunya menunggu lama. Sifat terpuji tukang urut ini, dia sentiasa mengutamakan keperluan ibunya terlebih dahulu. Dia yakin #dengan janji Allah, bahawa setiap kebaikan yang dilakukan akan dibalas dengan balasan yang berlipat kali ganda.
Setelah si tukang urut pulang ke rumah, tiba-tiba dia menerima panggilan dari orang kaya yang memintanya datang semula ke rumahnya kerana terlalu gembira kerana telah boleh berjalan semula....
Dengan tak di sangka-sangka, orang kaya tersebut telah menghadiahkan kepada si tukang urut sebuah kereta dan duit sebanyak RM15 ribu. Itulah rezeki yang #tak disangka-sangka yang di terimanya hasil ketaatan dan mendahulukan keperluan ibu dalam semua perkara.
Dengar #khabarnya si tukang urut telah menghantar ibunya menunaikan ibadah Haji ke Mekah dan dia juga telah menjadi seorang ustaz.
Pengajaran yang patut menjadi amalan kita dari cerita ini, berbuat baiklah kepada ibubapa dan layanlah mereka dengan sebaik-baiknya. Terlalu besar ganjarannya dan rezeki akan melimpah ruah serta berkat.
Friday, 18 December 2015
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment