Monday, 21 December 2015

Filled Under:

Polis Tembak mati dua pegawai atasan kerana tertekan bakal berdepan dengan tindakan disiplin yang berat. Lagi memeranjatkan Polis tersebut yang sepatutnya menjaga keamanan negara tetapi telah mero_ _ _ seorang wanita dilokap......



RAYONG - THAILAND. #Seorang anggota polis yang dituduh merogol bertindak menembak mati dua pegawai atasan sebelum ditembak mati anggota polis lain, kelmarin.

Menurut Bangkok Post, suspek Shinkrit #Phutthipraphas dibawa ke balai polis Pluak Daeng untuk bertemu dengan pegawai, Somchai Soonthornwanich pada jam 3.15 petang hari kejadian.

Phutthipraphas kemudian #mengeluarkan sepucuk pistol 9mm dan menembak Soonthornwanich dan seorang lagi pegawai, Banyat Somha.

Soonthornwanich yang #ditembak di leher maut serta-merta manakala Somha ditembak dua kali di kepala dan maut di hospital Rayong.

Phutthipraphas #kemudian cuba melarikan diri menggunakan sebuah trak pikap #sebelum ditembak mati oleh seorang anggota polis.

Pegawai kanan, Surapol Wiratyosin berkata Phutthipraphas mungkin berada dalam #keadaan tertekan kerana berdepan dengan hukuman disiplin yang berat.

Phutthipraphas #sebelum ini dituduh merogol seorang wanita berbangsa Laos di sebuah lokap dan Soonthornwanich menubuhkan satu pasukan untuk menyiasat kejadian tersebut.[SH]




0 comments:

Post a Comment