Sunday, 20 December 2015
Filled Under:
UMRAH SELFIE....Setiap Masa 'update status' di FACEBOOK : Tergolong dalam kategori yang mana??? Semoga artikel ini membetulkan semula niat kita untuk mengerjakan Ibadat Umrah yang diterima.
Posted By:
PuteriKayu
on 05:06
Hadith ke 40 – “Haji dan Umrah bukan kerana Allah SWT”
Sejak #kebelakangan ini, ibadah umrah sudah menjadi trend melancong. Ia satu budaya melancong bentuk baru atas nama umrah Ibadah. Ramai umat Islam mengangap melancong cara ini adalah yang terbaik kerana ibadah ini serampang dua mata.
Daripada Anas bin Malik r.a. berkata, telah bersabda Rasulullah saw :
“Akan datang ke atas manusia suatu zaman di mana ketika itu orang kaya mengerjakan ibadat haji untuk makan angin dan orang yang mempunyai #pendapatan sederhana untuk berniaga, dan para ulama kerana riak dan sum’ah manakala orang yang fakir pula mengerjakan haji kerana sambil meminta-minta”. (Hadith riwayat Ibnul Jauzi di dalam Mutsirul Gharam)
Secara umumnya para tetamu Allah tergolong kepada tiga kategori :
#Tetamu yang dijemput dengan rahmat dan keredhaan-Nya
#Tetamu yang diterima dalam keadaan kemurkaan-Nya.
#Tetamu yang diterima tetapi tidak jelas kedudukannya.
Pergi dalam keadaan “TETAMU” tetapi keseronokan membeli, bangga, riak takabur dengan menunjukan ibadah perbuatan, menunjukan amalan setiap masa di Facebook. “Alhamdulillah selesai usung jenazah pergi ke perkuburan baqi. “Alhamdulillah selesai khatam Al-Quran.” “Alhamdulillah selesai 1000 wirid” untuk apakah update setiap masa? apakah itu? Berselfie di kaabah? yes tak salah tetapi dimana sensitiviti kita? Tahukah kita semua, Nabi Muhammad SAW pernah lalu, berlakunya peristiwa israk mikraj, di Masjid Nabawi ada rumah nabi, di mana hormatnya kita kepada MANUSIA TERAGUNG?
Beribadahlah umrah seikhlas hati, perbanyak amalan. jangan jadikan ibadah umrah seperti wartawan Facebook yang sedang berperang hanya #membawa kamera.
Pergi sana nak bergambar atau cari sebanyak mungkin pahala? biar nanti di akhirat Allah tunjuk satu persatu macam slideshow amalan kita di sana. Allah yang rekodkan untuk kita, tak miss satu pun. Biar catatan amalan malaikat yang catit. Kita pergi kerana ibadah dan peroleh pahala.
Kalau pergi nak cari gambar, kita akan dapat gambar, pergi cari dosa akan dapat dosa, cari pahala, berlimpah ganjaran pahala yang kita #perolehi dari-Nya. InsyaAllah.
Maafkan saya. maafkan saya, maafkan saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment