Friday, 18 December 2015

Filled Under:

Mengejutkan.....Kad perkahwinan dah tersebar....tapi kenapa Marsha masih berselindung?? Ini penjelasan beliau...


#Pelakon dan penyanyi, Marsha Milan Londoh, 30, hari ini membuat pengakuan dirinya akan mengakhiri zaman bujangnya pada Januari depan. #Pengakuan itu dibuat rentetan gambar kad perkahwinannya yang kini tersebar di alam maya, sejak beberapa hari lalu.

Menerusi kad berkenaan, #penyanyi kelahiran program Akademi Fantasia itu dan pasangannya, Mohamed Shaiful Nizam, akan diraikan dalam majlis persandingan pada 8 Januari tahun depan.

“Ya memang benar saya akan berkahwin seperti yang tertera dalam kad perkahwinan itu. Saya mohon agar semua mendoakan supaya #majlis yang kami rancang kelak berjalan lancar,” katanya.

Marsha mengesahkan beliau akan mengadakan majlis resepsi pada tarikh terbabit di Hotel Majestic, di sini. Bagaimanapun, #acara berkenaan dilangsungkan secara tertutup.

Walaupun #bukan lagi rahsia, Marsha bagaimanapun memilih untuk #tidak menggembar-gemburkan percintaannya kali ini. Sebelum ini, artis terbabit pernah #dilaporkan menghadiri kursus perkahwinan, namun beliau menafikan cerita terbabit.

Sumber : BH




0 comments:

Post a Comment