Friday, 18 December 2015

Filled Under:

JANGAN BACA!!!!!

Tulisan ini agak #panjang tetapi sesiapa yang mampu habis membacanya bermakna anda mempunyai kemampuan untuk fokus dan kuasai akal anda In shaa Allah!

Acapkali dalam hidup ini kita “tersasar” dari apa yang hati kita inginkan. Contoh, di dalam hati kita, mungkin kita ingin merubah keadaan kewangan kita dengan berniaga. Tetapi disebabkan kita mungkin selama ini tidak pernah berniaga, hati kita nak tetapi #jadi kecut atau takut bila akal kita memberikan kata-kata “logik” bagi kita seperti “Kau dan keturunan kau mana pernah berniaga,” “Kau tak boleh berniaga,” “Nanti kau rugi nanti,” “Kau mana ada modal nak berniaga.”

Ini adalah “sabotaj” akal kita mungkin tahap pertama. Semakin kuat hati kita mahu memulakannya, lagi kuat akal kita mengakalkan kita. Dan apa yang akal suarakan kita pada tahap pertama, bila kita “terima” secara tidak sedar akan buat kita tumpukan #atau “nampak” mereka yang telah gagal atau bertemu dengan mereka yang telah rugi.

Akal juga akan berusaha pada tahap ketiga untuk buat kita sibuk dengan apa sahaja yang kita BIASA lakukan sehingga kita “melupakan” atau #tangguhkan tumpuan dan hasrat tindakan kita untuk berniaga tersebut.

Akal. Makhluk paling licik yang Tuhan jadikan. Ia mampu mengakalkan kita dengan tujuan agar kita tidak merubah apa-apa dengan apa yang #kita ada atau melakukan perkara yang “berisiko” yang kita tidak biasa lakukan.

Kelicikan akal ialah ia mampu menguasai fikiran dan hati kita untuk percaya dan #ikut apa yang akal kita bisikkan.

Akal pandai mengakalkan kita.

Akal akan tetap pada “pegangan” fikiran apa yang telah kita percaya dan yakini sejak kecil atau di sekolah. Ia yakini selepas bertubi-tubi melihat, mendengar, merasa dan #mengalami sesuatu berulang kali.

Contoh, sejak kecil telah diulang-ulang bahawa Melayu tidak boleh berniaga. Orang Melayu perlukan subsidi, orang Melayu hanya boleh kerja  makan gaji dengan kerajaan (Ini contoh), maka apa yang diulang itu lama-lama sebati menjadi “pegangan” akal.

Dan ia terserlahlah dan menjadi #paksi di dalam setiap keputusan dan tindakan kita. Sehinggalah saat ia berada di dalam suasana atau keadaan yang “mencabar” pegangan tersebut.

Contohnya bila berada di dalam kelas seminar-seminar saya (Dr Azizan Osman) kerana pada waktu itu, apa yang anda percaya #selama ini bahawa Melayu tidak pandai berniaga, Melayu tidak boleh berniaga tanpa pinjaman, Melayu tidak mampu buat duit sehingga RM1 juta sebulan atau lebih, semua pegangan anda selama ini di dalam akal anda akan tercabar.




0 comments:

Post a Comment