Saturday, 19 December 2015
Filled Under:
Wan Maimunah ke Pelamin lagi.......Lamaran dari jejaka berstatus duda menyebabkan dia tidak mengambil masa yang lama untuk terima. TAPI...kenapa asyik berahsia lagi? kenapa adakan majlis tertutup? Anak Kak Wan ada penjelasannya........
Posted By:
PuteriKayu
on 04:21
Tahniah! Wan Maimunah kahwin lagi
Diam tak diam, a#ktres berkaliber, Wan Maimunah akan berkahwin dengan ahli perniagaan berjaya dari Johor Bahru pada 13 Disember ini.
Ketika teman Sha #menghubunginya untuk mengesahkan perkara itu, dia nyata terkejut dan tertanya-tanya macam mana orang boleh hidu perkara itu.
Tahniah! Wan Maimunah kahwin lagi
Katanya, kalau #ikutkan, majlisnya diadakan secara tertutup dan sesuai dengan usianya, dia tidak mahu majlis besar-besaran seperti artis muda lain. Majlis yang berlangsung secara sederhana itu nanti dikelolakan anaknya. Mengenai bakal suami, kak Wan yang dari dulu sangat berahsia mengenai kehidupan peribadinya, enggan mengulas panjang.
Ibu dua anak ini berkata, dia tidak menyangka bertemu jodoh pada usia begini. Semuanya ditakdirkan dan berlaku dalam keadaan mengejut. Perkenalan dengan bakal suami pun singkat dan jejaka berstatus duda itu tidak mengambil masa #lama untuk melamarnya sebagai isteri.
Kak Wan #kini menumpukan sepenuh perhatian terhadap persiapan perkahwinannya. Biru dan merah jambu menjadi tema majlis akad serta resepsi yang bakal berlangsung di Hotel Tropical Inn, Johor Bahru selepas solat Maghrib. Tahniah daripada kami warga kerja Metro Ahad buat kak Wan dan bakal suami. Doa kami moga rumah tangga dibina bahagia dan kekal #hingga syurga.
Tahniah juga buat anak kak Wan kerana berusaha keras menyiapkan persiapan hari bahagia ibu mereka. Sudah pasti sebagai #anak, mereka gembira melihat kak Wan melangkah ke jenjang pelamin sekali lagi.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment