Thursday, 17 December 2015
Filled Under:
Mansuh Tol?? Biar Betul!!! Kat negeri mana ni?
Posted By:
PuteriKayu
on 04:45
Pengguna yang melalui #Jambatan Tun Salahuddin tidak perlu lagi membayar tol bermula 1 Januari depan.
Ketua Menteri Tan Sri Adenan Satem #mengumumkan bahawa jambatan yang menyeberangi Sungai Sarawak itu akan diisytihar bebas tol pada tengah malam 31 Disember ini.
“Kami menjangkakan orang ramai #berkumpul di sepanjang jambatan tersebut pada 1 Januari untuk meraikan hari di mana laluan tersebut bebas tol,” katanya ketika menyampaikan ucapan penggulungan pada persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) di sini, Rabu.
Pemansuhan #tol tersebut merupakan satu daripada beberapa keputusan penting dibuat Adenan sejak beliau mengambil alih jawatan ketua menteri pada tahun lalu.
Bayaran tol di #Jambatan Lanang di Sibu dan Jambatan Asean di Miri turut dihapuskan awal tahun ini.
Adenan memberitahu #pemberita bahawa kerajaan negeri berjaya mengadakan rundingan mengenai pemansuhan tol di Jambatan Tun Salahuddin dengan syarikat konsesi tol Zecon Sdn Bhd.
Beliau berkata #pemansuhan tol itu tidak melibatkan sebarang bayaran pampasan.
Sumber: MStar
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment