Thursday, 17 December 2015
Filled Under:
Siapa pula mangsa kali ini. Selepas Misteri MH370..satu lagi Insiden ngeri cuba disembunyikan oleh syarikat penerbangan yang tidak diketahui umum...
Posted By:
PuteriKayu
on 03:41
Seorang juruteknik #syarikat penerbangan Air India terbunuh, selepas dia disedut ke dalam sebuah enjin pesawat. Menurut laporan Hindustan Times, Ravi Subramanian disedut ke dalam enjin sebuah pesawat Air India yang diletakkan di ruang 28 di Lapangan Terbang Chhatrapati Shivaji, Mumbai, kira-kira jam 8.40 malam Rabu.
Tragedi itu berlaku, apabila pembantu juruterbang Air India penerbangan AI 619 dari Mumbai ke Hyderabad, menyalahtafsir isyarat dan bertindak menghidupkan enjin, mengakibatkan mangsa disedut ke dalam enjin.
“Seorang juruteknik Air India mati dalam satu kemalangan, ketika mengundur pesawat AI 619. Insiden itu sedang disiasat. “Kami amat sedih dan kesal dengan insiden tragik di lapangan terbang Mumbai itu,” kata Pengerusi merangkap Pengarah Urusan Air India, Ashwani Lohani yang dipetik akhbar itu.
Menurut seorang pegawai #lapangan terbang, usaha sedang dilakukan untuk mengeluarkan mayat mangsa yang tersekat dalam enjin pesawat itu. Sumber Air India berkata, buat masa ini, pihaknya tidak tahu bagaimana mangsa boleh berada dekat dengan pesawat itu.....
“Hanya inkuiri boleh menentukan siapa yang cuai dan sama ada enjin patut dihidupkan ketika itu,” katanya.
Menurut sumber, #polis, syarikat penerbangan Air India dan pihak berkuasa berkaitan telah memulakan siasatan bebas berhubung tragedi berkenaan....
Pegawai daripada Jabatan #Penerbangan Awam turut menyiasat insiden itu. Insiden sama pernah berlaku pada lewat 1990-an di Chennai, #apabila seorang penghalau burung disedut ke dalam enjin pesawat, disebabkan mangsa berlari ke arah pesawat itu yang bersiap sedia untuk berlepas....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment