Thursday, 17 December 2015

Filled Under:

"Hal kematian bukan benda main-main"- Hang Nadim. Tan Sri sempat lagi bercuti di ______


 Berikutkan tersebarnya sejak semalam berita yang #mengatakan pelakon veteran Tan Sri Jins Samsudin, hari ini anak bongsu pelakong berkenaan, Putera Hang Nadim, 24, menafikan berita palsu tersebut dan menyatakan rasa kesal dengan berita kematian #bapanya yang tersebar di alam maya.

Memetik laporan Berita Harian , Nadim menyatakan dia dan #keluarga begitu terkejut dengan berita palsu tersebut mengenai bapanya itu.

"Bapa saya masih #sihat, Alhamdulillah. Lepas satu demi satu berita palsu sebegini bertebaran dan menjadi viral. Tak silap saya sudah kali ketiga berita palsu kematian bapa saya tersebar.

"Apa motif mereka buat #sebegitu pun saya tak tahu? Tak tahu apa yang mereka nak dan dapat dengan menyebarkan cerita palsu.

Hal #kematian bukan perkara mainan. janganlah sewenang wenangnya menyebar cerita tak betul," katanya.

Menurut Nadim lagi, dia bersama #Tan Sri dan ibunya baru sahaja pulang bercuti dari Korea dua minggu lalu.

"Petang semalam kami baru sampai ke #Subang selepas balik kampung dari Pahang,"katanya. - Siakapkeli

    Note : Lain kali , jangan ikut #sedap mulut je cakap orang tu mati la , orang ni mati la .  Hal kematian ni bukan benda main-main . Tak payah nak sebarkan #benda atau cerita tak betul. Jaga diri sendiri lagi baik ....




0 comments:

Post a Comment