Tuesday, 22 December 2015

Filled Under:

INI BUKAN DONGENGAN LAGI. Penduduk Piasu Miri keluar dari rumah tangkap Hantu Penanggal...... Gambar yang dirakam menampakkan kepala tercerai dari badan dan tali perut terurai-urai....


SARAWAK – Sudah lama juga tidak mendengar tentang cerita hantu #Penanggal ini berbeza sewaktu penulis masih di zaman kanak-kanak hantu ini menjadi antara yang paling ditakutkan.

Terbaru KISAH HANTU PENANGGAL DI SARAWAK

Memetik satu status yang dikongsi di laman sosial facebook dikongsi Page KAMI MIAK SARAWAK iaitu yang berbunyi “Kes yang berlaku di Piasau Miri malam #tadi. Keadaan gempar seketika apabila ramai penduduk-penduduk keluar dari rumah untuk menangkap hantu penanggal yang dikatakan sering menggangu ketenteraman penduduk Piasau. Setakat ini adakah hantu penanggal tersebut dapat ditangkap, masih lagi belum diketahui…”

Hantu Penanggal #atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu hitam. Ilmu itu mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
HANTU PENANGGAL DIKENAL HANTU BALAN-BALAN DI SABAH

Dikenali sebagai #Hantu Balan-Balan di negeri Sabah. Hantu ini berbahaya kepada wanita yang mahu bersalin kerana darah ketika wanita beranak merupakan “Favorite” hantu ini.

    Apabila Melawat rakan kamu yang baru melahirkan anak CUBA kamu perhatikan di Atas Pintu rumahnya jika terdapat tumbuhan berduri seperti #batang pokok limau atau apa jua.

Menurut kepercayaan #orang terdahulu, hantu Balan-Balan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

SOALAN : Adakah Kamu Pernah JUMPA HANTU ?




0 comments:

Post a Comment