Monday, 21 December 2015
Filled Under:
Sah guna steroid!!!!! Mr Universe 10 kali di minta lupakan Kejohanan Bina Badan Asia ke-49. Dia juga bakal dikenakan hukuman gantung..............
Posted By:
PuteriKayu
on 18:51
#Gagal Ujian Doping: Sazali Digantung Empat Tahun
KUALA LUMPUR: #Jaguh bina badan negara, Sazali Samad dikenakan hukuman penggantungan selama empat tahun selepas gagal ujian doping.
Sazali, 48, disahkan positif menggunakan steroid.
Beliau gagal dalam ujian rawak yang dilakukan oleh Agensi Anti-Doping Malaysia (Adamas) pada 1 September lalu.
Sazali sepatutnya #bertanding pada Kejohanan Bina Badan Asia ke-49 di Taskent, Uzbekistan bermula 29 September hingga 5 Oktober lalu.
Beliau berhadapan dengan #penggantungan selama empat tahun bermula 22 September di mana tarikh keputusan ujian diketahui.
Sazali pernah memenangi #kejuaraan Mr Universe sebanyak 10 kali iaitu di Melaka pada tahun 2000, Moscow, Rusia (2004), Ostrava, Republik Czech (2006), Jeju, Korea Selatan (2007), Dubai (2009), Varanasi, India (2010), Melaka (2011), Bangkok, Thailand (2012) dan Budaors, Hungary (2013), Mumbai, India (2014).
Beliau yang #digelar 'Orang Besi Malaysia' juga pernah meraih sembilan kali gelaran Mr Asia iaitu 1996, 1998, 1999, 2000, 2004, 2009, 2010, 2012 dan 2014.[mStar]
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment