Friday, 18 December 2015
Filled Under:
Anak Soleh...Apa yang dilakukan terhadap ibunya ketika dipenjarakan sangat memeranjatkan....
Posted By:
PuteriKayu
on 19:14
“Saya kini menjaga ibu yang sakit barah otak selain cuba mencari kerja bagi menyara hidup. Ayah sudah berusia 70 tahun dan menjadi #tanggungjawab saya menjaga mereka,” kata Mohd Nasis Yaakob, 21, pemuda yang mendapat pujian di alam siber selepas video kemerduan suaranya mengalunkan surah al-Qalam bermula dari ayat 10 hingga 28 berdurasi dua minit 29 saat ketika dalam lokap menjadi viral sekitar Julai tahun lalu.
‘Hafiz’ dari lokap jaga ibu sakit, info, terkini, berita, mohd Nasis
Dia yang kini berada di Kampung Prek Pra, Phnom Penh, Kemboja ketika dihubungi Harian Metro, di sini, petang ini mengakui individu dalam video berkenaan adalah dirinya dan tahu ia tersebar selepas dimaklumkan pegawai penjara.
Menurutnya, dia #ditahan anggota polis di Kota Bharu kerana tinggal di negara ini melebihi tempoh ditetapkan sebelum ditempatkan di lokap Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Bharu dan menjalani hukuman di Penjara Machang.
Katanya, ketika di lokap IPD, dia membaca ayat al-Quran yang dihafal sebelum ‘penghuni’ lokap lain memintanya membaca dengan lebih kuat.
“Memang menjadi #amalan saya setiap hari membaca enam juzuk al-Quran. Apa yang saya ingat, ketika itu saya bangun daripada tidur dan terus mengalunkan ayat al-Quran sebelum ‘penghuni’ lain di dalam lokap menyuruh saya membaca dengan kuat.
“Saya terus #membaca dan rupa-rupanya ada anggota polis merakamnya dan saya terus berhentikan bacaan,” katanya yang mengakui mendapat layanan baik di lokap dan penjara.
Mohd Nasis berkata, selepas dibawa ke Penjara Machang, pegawai penjara menunjukkan videonya mengalunkan ayat al-Quran dan bertanya #adakah dia individu dalam video itu.
“Saya mengakuinya dan selepas itu barulah saya tahu video berkenaan tersebar. Alhamdulillah...” katanya.
Menurutnya, #selepas dibebaskan dia dihantar pulang ke negara asal.
“Saya #berusaha mencari kerja tetapi setakat ini belum mendapat kerja. Apa yang saya lakukan hanyalah menjadi imam di masjid dan menerima jemputan utuk mengajar agama dan memberi ceramah agama,” katanya yang menghafaz al-Quran ketika berusia 12 tahun.
Katanya, #negara ini terlalu dekat di hatinya kerana sudah lama berada di Malaysia dengan menjadi imam dan mengajar agama di negeri seperti Selangor, Pahang dan Kelantan.
“ Memang saya nak kembali semula ke Malaysia, tetapi saya perlu menjaga ibu dan ayah,” katanya yang dibawa neneknya ke negara ini ketika usianya empat tahun.
MOHD Nasis (kanan) ketika di penjara dan wajah terkininya di Kemboja. FOTO ihsan pembaca - See
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
0 comments:
Post a Comment