Tuesday, 22 December 2015

INI BUKAN DONGENGAN LAGI. Penduduk Piasu Miri keluar dari rumah tangkap Hantu Penanggal...... Gambar yang dirakam menampakkan kepala tercerai dari badan dan tali perut terurai-urai....


SARAWAK – Sudah lama juga tidak mendengar tentang cerita hantu #Penanggal ini berbeza sewaktu penulis masih di zaman kanak-kanak hantu ini menjadi antara yang paling ditakutkan.

Terbaru KISAH HANTU PENANGGAL DI SARAWAK

Memetik satu status yang dikongsi di laman sosial facebook dikongsi Page KAMI MIAK SARAWAK iaitu yang berbunyi “Kes yang berlaku di Piasau Miri malam #tadi. Keadaan gempar seketika apabila ramai penduduk-penduduk keluar dari rumah untuk menangkap hantu penanggal yang dikatakan sering menggangu ketenteraman penduduk Piasau. Setakat ini adakah hantu penanggal tersebut dapat ditangkap, masih lagi belum diketahui…”

Hantu Penanggal #atau juga dikenali sebagai hantu tengelong di negeri Kedah merujuk kepada seseorang yang menuntut ilmu hitam. Ilmu itu mampu menceraikan kepala dengan badan mereka dan kepala mereka mampu terbang dengan tali perut terurai-urai. Darah yang menitik dari tali perut mereka dipercayai berbisa dan akan menyebabkan kudis kepada mereka yang terkena.
HANTU PENANGGAL DIKENAL HANTU BALAN-BALAN DI SABAH

Dikenali sebagai #Hantu Balan-Balan di negeri Sabah. Hantu ini berbahaya kepada wanita yang mahu bersalin kerana darah ketika wanita beranak merupakan “Favorite” hantu ini.

    Apabila Melawat rakan kamu yang baru melahirkan anak CUBA kamu perhatikan di Atas Pintu rumahnya jika terdapat tumbuhan berduri seperti #batang pokok limau atau apa jua.

Menurut kepercayaan #orang terdahulu, hantu Balan-Balan takut hendak mendekati rumah tersebut kerana bimbangkan tali perutnya tersangkut kepada duri tersebut.

SOALAN : Adakah Kamu Pernah JUMPA HANTU ?


Kebun Getah di Alor Gajah saksi kes mati mengejut!!! Apa yang kelihatan pada gambar ini sungguh mengejutkan....

Alor gajah – #Seorang wanita ditemui mati tergantung di dahan pokok getah di sebuah lading kelapa sawit di Taman Paya Rumput di sini, awal pagi tadi.

Mayat wanita #berusia 20-an dan berpakaian lengkap itu ditemui pemilik ladang getah berkenaan kira-kira jam 7.30 pagi ketika hendak menoreh getah, sebelum menghubungi polis.

Jurucakap polis #berkata, pihaknya tidak menemui sebarang dokumen pengenalan diri bersama dengan mayat mangsa.

"Pemilik ladang #getah itu mulanya menyangkakan objek yang tergantung itu patung, namun mendapati ia adalah seorang wanita selepas mendekatinya".

“Siasatan #juga mendapati, tiada sebarang kesan luka pada badan wanita itu,” katanya.

Ketua Polis Daerah Alor Gajah, Superintendan Muhamad Ismail Muhamad Yusuf ketika dihubungi sebentar tadi, berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.

Mayat wanita itu dihantar ke #Hospital Alor Gajah untuk dibedah siasat dan setakat tengah hari tadi polis tidak menerima sebarang laporan kehilangan ahli keluarga.


sumber : BHarian Online


BUNTAL bunuh bayi 1 tahun........



#Seorang kanak-kanak yang baharu mencecah usia setahun meninggal dunia, dipercayai keracunan selepas memakan ikan buntal.

Mangsa yang #dikenal pasti sebagai Ferdie Yohanes dikatakan menjamah makanan eksotik itu ketika makan tengah hari bersama keluarganya di sebuah rumah sewa di Bintawa, di sini.

Menurut sumber, #dia dikatakan mula muntah-muntah pada jam 2 petang namun ibunya yang menyangka anaknya itu tidak sihat menyuruhnya tidur.

Bagaimanapun, #apabila ibunya cuba mengejutkannya sekitar jam 4 petang, anak lelakinya itu tidak bangun-bangun.

Menyedari sesuatu tidak kena, #mereka kemudian menghubungi ambulans untuk membawanya ke Hospital Umum Sarawak.

Dia disahkan meinggal #dunia selepas tiba di HUS. Namun, punca kematian belum dapat disahkan.

Difahamkan, doktor turut #mengarahkan kesemua keluarga yang menyewa di Bintawa itu menjalani pemeriksaan kerana khuatir mereka turut terjejas.


MISTERI.....'Makhluk Halus' suruh dia menikam perutnya guna pisau dan perkara itu hanya disedari apabila dia.....

#Tidak tenteram kerana mendakwa sering diganggu makhluk halus, seorang lelaki nekad menikam perutnya dalam satu insiden di Balai Ringin, dekat sini semalam.

Mangsa yang berusia 44 tahun itu dikatakan bertindak sedemikian di rumah kakaknya dan hanya disedari oleh keluarganya sebaik mendengar #jeritannya meminta tolong sekitar jam 5 pagi.

Menurut abangnya, mangsa sejak #beberapa hari lepas mengadu dirinya sering diganggu makhluk halus dan Selasa lepas dihantar ke rumah kakaknya itu untuk mendapatkan rawatan tradisional.

“Dia sering mengadu diganggu #makhluk halus menyebabkan kami berasa dia perlu mendapatkan rawatan tradisional dan disebabkan itu, dia dihantar ke Balai Ringin.

“Bagaimanapun, keadaan menjadi #lebih teruk apabila dia bertindak menikam perutnya menggunakan pisau dan perkara itu hanya disedari apabila dia (mangsa) menjerit meminta tolong.

“Ketika keadaannya #semakin lemah, dia masih juga memberitahu dirinya dikejar makhluk halus,” katanya.

Mangsa telah #dikejarkan ke Hospital Serian dan dirujuk ke Hospital Umum Sarawak (HUS) untuk mendapatkan rawatan lanjut.

Sehingga berita ini #ditulis semalam, mangsa dilaporkan stabil dan masih mendapatkan rawatan di Zon Merah Unit Kecemasan HUS.

Difahamkan, mangsa sebelum ini #juga pernah dirawat di Hospital Sentosa, Kuching.



"Saya harap dia dapat bahagiakan anak saya. Insya Allah," Hint Amy search bila ditanya apa yang bakal berlaku 25 Disember ni.....



#Nabila Nikah Pengurus Restoran Jumaat Ini

Penyanyi Amy (Search) mengesahkan anak sulungnya, Nabila Huda bakal mendirikan rumah tangga sempena cuti hari Krismas iaitu pada 25 Disember ini.

Amy  #bagaimanapun berkata, dia tidak tahu lebih lanjut mengenai majlis pernikahan Nabila dengan teman lelakinya yang merupakan pengurus restoran Kulcats.

"Saya hanya #diberitahu anak saya akan berkahwin pada 25 Disember ini.

"Selebihnya, #semua persiapan diuruskan oleh ibu Nabila," katanya kepada mStar Online.

Amy ditemui #pada sidang media Cahaya Jiwa Amy Search dan Saiful Kadir di Istana Budaya di sini pada Isnin.

Difahamkan, majlis akad nikah Nabila itu akan diadakan di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam pada pukul 9 pagi.

Sementara itu #ditanya mengenai personaliti teman lelaki Nabila, Amy berkata, pemuda berkenaan dilihat sebagai seorang yang baik dan menghormati orang tua.

"Setakat ini saya #lihat lelaki itu seorang yang baik dan hormat pada orang di sekelilingnya.

"Saya harap dia #dapat bahagiakan anak saya, Insya-Allah," tuturnya.

Nabila, 31, #sebelum ini pernah berkahwin dengan Zaidi Zailani, 34, namun mereka bercerai pada 2011 selepas tiga tahun bersama.

Hasil #perkahwinan itu mereka mendapat seorang anak perempuan iaitu Keisha Laila yang kini berusia lima tahun.-mstar


4 Tahun tunggu TIDAK BERSALAH keluar dari mulut Hakim Syarie......Artis ini sanggup demi namanya bersih kembali...

 #Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur di sini pada Selasa mendapati pelakon Beego dan dua rakannya tidak bersalah atas tuduhan berkhalwat dengan dua wanita di sebuah rumah empat tahun lalu.


Selepas 4 Tahun, Beego Akhirnya Bebas Tuduhan Khalwat

Hakim Syarie, #Shaiful Azli Jamaludin dalam keputusannya memerintahkan Beego atau nama sebenarnya, Aszerul Nizam Abdullah, 35, Fikry Zainon, 35, dan Arsli Mior Atan Ahmad, 34, dibebaskan tanpa perlu membela diri selepas mahkamah mendapati pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie.

Ketika membacakan keputusan tersebut, Shaiful Azli memberitahu mahkamah, keterangan saksi ditampilkan pihak pendakwaan jelas berlaku banyak #percanggahan dan tidak konsisten sehingga menimbulkan keraguan terhadap kes berkenaan.

Malah siasatan pihak penguatkuasa ditempat kejadian tidak lengkap selain dilakukan secara rambang dan tidak menyeluruh termasuk tidak memeriksa #bilik-bilik yang berada dalam tempat kejadian.

Shaiful Azli dalam #keputusannya juga memerintahkan bon jaminan yang dikenakan terhadap ketiga-tiga mereka turut dicairkan.

Terdahulu mereka didakwa berkhalwat dengan dua kenalan wanita iaitu Hadijah Mohamad Mokhar dan Azlina Yazit di Oakleaf Kondominium, Bukit Antarabangsa, Ampang di sini pada pukul 6 pagi pada 23 Februari 2011.

Azlina dan #Hadijah yang berusia awal 30-an mengaku bersalah pada Mei 2012 atas tuduhan itu dan masing-masing membayar denda berjumlah RM3,000 setiap seorang.

Pertuduhan #dilakukan mengikut Seksyen 20(1)(a) bagi lelaki dan Seksyen 20(1)(b) bagi perempuan, Enakmen Jenayah Syariah Selangor 1995 yang masing-masing memperuntukkan hukuman penjara maksimum dua tahun atau denda RM3,000 atau kedua-duanya.

Beego diwakili #peguam syarie, Fakhrul Azman Abu Hassan manakala pendakwaan dilakukan oleh Aiman Roslan.

Sementara itu, #Beego yang ditemui diluar mahkamah memberitahu bersyukur dengan keputusan dibuat mahkamah dan bukti dia dan rakan-rakannya tidak bersalah.

Jelas Beego, #perjuangannya selama empat tahun nyata tidak sia-sia selain dapat membersihkan namanya yang tercalar sepanjang tempoh itu.

"Saya sudah hampir putus asa tetapi saya sedar kalau saya mengaku bersalah ia akan memberi kesan berpanjangan kepada saya.

"Alhamdulillah #keputusan dibuat mahkamah hari ini membuktikan saya dan rakan-rakan tidak bersalah," katanya dalam nada sebak.

Beego telah #berkahwin dengan pelakon Linda Hashim pada 8 Jun 2013 dan dikurniakan cahaya mata bernama Jelita Clarissa yang lahir pada 23 April 2014.

Linda dijadual #melahirkan anak kedua pada Januari 2016.-mstar


BADI Sungai Sebauh......Masuk hari kedua, mangsa masih belum ditemui......Mungkinkah??



#Mayat Remaja Lemas di Bintulu ditemui

Pelajar #lelaki berusia 15 tahun yang lemas ketika mandi di Pantai Tanjung Batu, di sini petang semalam ditemui terdampar di tepi pantai, kira-kira 80 meter dari lokasi kejadian, 6.30 pagi tadi.

Mayat #Kevin Gimang Ungah, ditemui anggota bomba di tepi pantai ketika ingin memulakan operasi mencari dan menyelamat.

Ketua Bomba dan Penyelamat Bintulu, Di Hata Gobel berkata, mayat mangsa dipukul ombak dan terdampar di tepi pantai.

Menurutnya, #mayat mangsa diserahkan kepada polis untuk tindakan lanjut.

Kevin lemas dipercayai akibat #ditarik ombak ketika mandi di pantai bersama rakan kira-kira 5 petang semalam.

Dalam kes berasingan, #Di Hata berkata, pelajar Faizal Jakaria, 15, yang dikhuatiri lemas ketika mandi di Sungai Sebauh di sini, kira-kira 5 petang semalam , masih belum ditemui.

Katanya, #operasi mencari dan menyelamat yang memasuki hari kedua masih dijalankan.