Sunday, 20 December 2015
JANGAN LAGA2KAN KAMI.....Isteri 'screen shoot' mesej Adam Shah layan perempuan lain dan 'post' di Instagram.
Posted By:
PuteriKayu
on 17:55
Adam Shah Mengaku Silap Layan Mesej Wanita Sehingga Dimarah Isteri
PETALING JAYA: #Pelakon Adam Shah berkata, pendedahan gambar paparan skrin perbualannya dengan seorang wanita yang menimbulkan kemarahan isteri, Fatin Afifah adalah satu salah faham selain mengaku silap melayan peminat berkenaan.
Adam, 33, menjelaskan, perkara sebenar yang berlaku apabila dia cuba menolak secara baik perlawaan wanita yang merupakan peminat fanatik untuk bertemu #dengannya.
"Apa yang saya berbalas mesej di Instagram itu sebenarnya saya menolak untuk berjumpa dengan cara baik. Cuma masa itu tak berkesempatan untuk terangkan pada isteri. Lagi pun orang tengah marah, jangan ditambah. Alhamdulillah, bila isteri dah sedikit cool... dia pun dah #faham keadaan sebenar.
"Namun, saya tetap salahkan diri saya sebab melayan dan berbalas mesej wanita itu di Instagram," ujarnya.
Adam diminta mengulas tentang status dan foto perbualan yang dimuat naik oleh isterinya pelakon filem Tentang Bulan iaitu Fatin Afifah atau #nama sebenarnya Fatin Nur Afifah Shamsudin, malam Khamis.
Mesej yang dipaparkan oleh isteri Adam menerusi Instagram, #namun telah dipadamkan beberapa jam selepas itu.
Foto tersebut #merupakan paparan skrin perbualan yang berlaku antara Adam bersama seorang wanita yang sedang merancang untuk bertemunya.
Dalam pada itu, #Adam berkata, perkara yang berlaku merupakan #pengajaran buat dirinya untuk menjadi seorang suami dan bapa yang lebih baik.
"Ini pengajaran untuk saya juga, Allah uji di saat saya tersasar dari landasan. Apa-apa pun saya tetap bersyukur kerana isteri menegur dari awal.
"Saya sentiasa berdoa agar rumah tangga saya dilindungi dan #diberkati. Saya sayang dan cinta isteri dan anak-anak. Saya mohon pada semua yang #membaca dapat mendoakan kesejahteraan kami sekeluarga," ujarnya.
Sementara itu, #Adam juga mengakui dia menerima pelbagai kecaman daripada pengguna laman sosial dengan pelbagai kata-kata kesat.
Dia meminta agar tiada pihak yang cuba mengambil kesempatan ini untuk terus melaga-lagakan mereka.
"Sebagai public figure akan sentiasa ada peminat yang fanatik. Peminat-peminat isteri ada yang menghentam, maki hamun saya... Saya tak ambil hati pun, saya yang buat salah tak sepatutnya menyalahkan orang lain pula. Cuma saya mohon semua jauhi dari sifat batu api, takut benda kecil akan menjadi besar," ujarnya.
Adam mendirikan rumah tangga dengan Fatin Nur Afifah Shamsudin pada 21 Disember 2013.
Pasangan ini dikurniakan seorang perempuan pada 15 Jun lalu. - mstar
Apa lah nak jadi ni ADIRA??? MASIH sayang dan teringat bekas tunang.........??? Bukan awak tu baru menjadi isteri ke 2 kepada seorang Jutawan ke?? Apa permainan awak ni sebenarnya??
Posted By:
PuteriKayu
on 07:11
AMPANG: Penyanyi Adira masih menyimpan sedikit perasaan sayang terhadap bekas tunangnya Shahrul Nasrun Kamarudin walaupun hubungan mereka sudah putus sejak April lalu.
Adira atau nama sebenarnya Siti Adira Suhaimi, 24, berkata, sebagai manusia biasa, sukar untuk dia mengikis perasaan itu disebabkan hubungan yang dijalinkan sudah terlalu lama.
"Ada pihak yang kata saya tidak nampak sedih. Mungkin mereka lihat saya gembira tapi mereka tidak tahu perasaan sebenar saya. Kami berkawan lama dan sudah tentu sehingga sekarang masih ada lagi rasa sayang dalam hati saya terhadap dia," katanya.
Adira ditemui pada majlis pelancaran Festival Orang Asli dan Pribumi yang diadakan di Restoran Istana Bambu, di sini, Khamis.
Tambah Adira lagi, kejadian gempa bumi di Sabah baru-baru ini turut mengalihkan tumpuan kesedihannya terhadap kegagalan hubungan tersebut.
Dia juga lebih memikirkan keselamatan ibu dan keluarganya yang ditimpa bencana berbanding masalah yang dilalui.
Detik indah Adira #bersama Shahrul Nasrun yang kini tinggal kenangan.
"Selepas #saya putus tunang, rumah saya di Sabah terlibat dengan gempa bumi dan perkara itu membuatkan saya lupa tentang masalah tersebut.
"Saya asyik fikirkan ibu dan ahli keluarga lain #dan menganggap mereka lebih memerlukan saya ketika itu," ujarnya.
Dalam pada itu, Adira memberitahu, #tarikh lahirnya pada 19 September lalu sepatutnya menjadi hari bersejarah hubungan mereka namun ia hanya tinggal kenangan.
Bagaimanapun rakan-rakan terdekat #meraikan hari tersebut bagi membuatkan dia lupa dan tidak bersedih mengenangkan kesedihan sebelum ini.
"Kalau ikut rancangan hari perkahwinan saya pada hari lahir saya iaitu 19 September lalu, namun nak buat macam dah tiada jodoh.
"Ucapan dan kejutan yang dibuat oleh kawan-kawan saya pada hari tersebut membuatkan saya lupa ia sepatutnya menjadi hari bersejarah saya," ujarnya.
Adira berkata, #buat masa ini dia masih menjaga batasan dan menolak mana-mana lelaki yang ingin mendekatinya semata-mata mahu menjaga hati keluarga bekas tunangnya itu.
"Sejak saya #putus tunang ada juga beberapa orang yang ingin mendekati saya tapi saya tolak, kadang-kadang dengan alasan yang tidak masuk akal.
"Saya belum #bersedia dan hati saya belum terbuka untuk terima lelaki lain, saya juga ingin menjaga hati dan perasaan keluarga bekas tunang.
"Saya tidak mahu mereka kata apa pula nanti, baru sahaja putus sudah anda pengganti, " ujarnya.
Dalam pada itu mengenai Festival Orang Asli dan Peribumi, Adira yang merupakan suku kaum daripada etnik Kadazan Dusun bakal membuat #persembahan pada 23 hingga 25 Oktober ini di Taman Tasik Titiwangsa, dekat sini.
Katanya, sebagai salah seorang masyarakat peribumi, dia berbangga dapat memberi sumbangan dan meraikan hari tersebut.
"Saya rakyat Malaysia yang berbangsa Kadazan Dusun saya bangga diberi peluang menyertai festival ini. Saya akan menyanyikan dua buah lagu #dalam bahasa Dusun," ujarnya. - mstar
PENGAKUAN....Shukri Yahaya bukan Bujang lagi.........!!!! Shukri akhirnya berani mengaku setelah 5 tahun menyembunyikan......
Posted By:
PuteriKayu
on 06:54
Tahniah buat #pengantin baru, pelakon Shukri Yahaya dan Tya Adnan. Dengan sekali lafaz Shukri sah bergelar suami kepada Tya Adnan. Pernikahan telah selamat berlansung petang semalam di Masjid Tuanku Zainal Abidin, Putrajaya.
Tamat sudah zaman #bujang pelakon kacak iras iras Jericho Rosales ni ye. Sama cantik sama padan, moga perkahwinan kekal dan bahagia hingga ke syurga.
Pasangan itu #dinikahkan oleh Penolong Pendaftar Perkahwinan dan Perceraian Putrajaya, Muhd Redza Ahmad dan berwakil walikan bapa Tya sendiri iaitu Ahmad Adnan Ishak.
Shukri menyerahkan mas kahwin berupa wang tunai berjumlah RM300. Walaubagaimanapun, pasangan ini tidak mendedahkan jumlah mas kahwin mahupun #hantaran kerana tidak mahu menunjuk-nunjuk. Malah, Shukri tidak menerima sebarang tajaan buat majlis raja seharinya dan lebih selesa untuk menggunakan wang hasil titik peluhnya sendiri bagi perkahwinan beliau.
Pihak lelaki turut turut memberi tujuh dulang hantaran yang merupakan senaskah Al- Quran, set minyak wangi,telekung, beg tangan,set alat solek, kek dan sirih junjung.
Tya pula #membalas dengan sembilan dulang hantaran yang mengandungi senaskah Al-Quran dan tasbih, sepasang kasut, kek, komputer riba, jam tangan, set wangian, coklat, buah-buahan dan sireh junjung.
Lima tahun menyulam cinta sebelum bersatu sebagai suami isteri, Tya menyifatkan karakter Shukri yang lucu membuatkan beliau tertarik dan #merasa selesa dengan suaminya itu.
Majlis resepsi perkahwinan Shukri dan Tya pula akan diadakan esok di di A-Park, Kampung Pulau Meranti Puchong.
Berikut #beberapa lagi foto sekitar majlis akad nikah Shukri Yahaya dan Tya Adnan khas buat pembaca BeautifulNara dengan membaca artikel ini sepenuhnya.

Sempat "SHOW OFF" 10 minit sebelum 'dijemput'............
Posted By:
PuteriKayu
on 06:40
KOTA BHARU – Seorang #penjenayah hanya sempat menunjukkan lagaknya selama 10 minit sebelum dia maut ditembak kerana bertindak agresif menyerang anggota polis dalam #kejadian samun sebuah kedai serbaneka di Jalan Kutan, Wakaf Bharu, Tumpat semalam.
Dalam kejadian pada pukul 2.50 pagi, #suspek yang berusia 34 tahun bersenjatakan sebilah pisau masuk ke premis tersebut yang mempunyai dua pekerja.
Kedua-dua pekerja #yang ketakutan kemudian melarikan diri ke bahagian stor kedai terbabit bagi menyelamatkan diri sebelum suspek #menggeledah bahagian kaunter premis itu untuk mendapatkan wang.
Salah seorang pekerja #lelaki berusia 20-an telah bertindak menghubungi pihak polis bagi memaklumkan kejadian tersebut.
sumber : kosmo.com.my/
ALAHAI.... Kenapalah Bayi kecil ini diperlakukan sedemikian rupa?? Daripada sumber yang boleh dipercayai, bayi ini dikatakan mempunyai DNA yang sama dengan Farid Kamil.....Adakah......????
Posted By:
PuteriKayu
on 06:35
Tahniah #untuk Farid Kamil dan Diana Danielle telah mendapat anak perempuan yang diberi nama Nur Aurora. Rezeki dapat anak perempuan (anak kedua) dan dah sepasang dah anak #mereka. Comel tengok baby Nur Aurora ni yang dah berumur sebulan....
Sekarang #pulak menjadi trend buat photoshoot untuk #newborn baby sebagai kenangan. Cantik cantik semua gambarnya.
Tragis.....Air Terjun Belukar Bukit ragut kesemua keluarga Hasif sekelip mata....!!! Ikuti kisah sebenar disebalik kematian tragik ini...
Posted By:
PuteriKayu
on 05:25
Kuala Terengganu: Jenazah #lima beranak yang lemas di kawasan air terjun Belukar Bukit, Hulu Terengganu, selamat dikebumikan dalam satu liang di Tanah Perkuburan Islam Kampung Pengkalan Arang, Pekan Batu Enam, di sini, kira-kira 1 pagi Ahad.
Pengkebumian dilakukan selepas #selesai solat jenazah di masjid kampung itu sejurus ketibaan keluarga arwah Abdul Halim Samian dari Johor.
Samian Somo, 84, iaitu ayah #arwah Abdul Halim dan ibunya, Siti Edah Ali, 75, serta adik-beradiknya kemudian mengiringi jenazah ke tanah perkuburan.
Teh Jarah, 72, iaitu ibu kepada #arwah Nurul 'Adilah Awang, bersama anak bongsu mangsa, Mohd Hasif, 9, juga mengiringi jenazah.
Selain, Abdul Halim, 44, dan Nurul 'Adilah, 39, turut lemas dalam tragedi itu adalah tiga anak perempuan mereka, Nurul Arifah, 16; Nurul Aina, 11, dan Nurul Izah, 10.
Sebelum itu, kira-kira 200 #penduduk kampung dan sanak saudara menyambut ketibaan lima van jenazah yang tiba di perkarangan masjid di Kampung Pengkalan Arang, 9.30 malam tadi, dari Hospital Hulu Terengganu.
Pengkebumian #lima beranak itu selesai, pada 1.30 pagi.
Sayu.....Suspek ditahan kerana tertikam sepupu. Persembahan silat bertukar jadi......
Posted By:
PuteriKayu
on 05:13
#Tertikam Keris Hingga Maut Ketika Persembahan Silat Di Majlis Kahwin
LABUAN: Satu pertunjukan #silat yang menjadi persembahan setiap kali majlis perkahwinan Melayu tidak disangka-sangka menjadi tragedi maut buat seorang remaja.
Mohd Amil Zulkarnain, 17 yang #tertusuk keris pada kejadian 11.30 pagi semalam mengalami luka di bahagian dada dan segera dihantar ke hospital untuk rawatan.
Namun beliau gagal #diselamatkan kerana kecederaan di jantung sekaligus menyebabkan pendarahan yang banyak.
Ketika #kejadian, mangsa sedang bersilat bersama sepupunya yang secara tiba-tiba tertikam badannya.
Suspek kini #ditahan untuk siasatan lanjut.

Subscribe to:
Posts (Atom)